மலேசியத் திருநாட்டில்,பேராக் மாநிலத்தின் 
அனைத்து பள்ளிவாசல்கள் மற்றும் சூராவ்களில், 
ரமலான் மாதத்தில் தராவீஹ் தொழுகை 20 ரக் அத்துகளை 
கட்டாயமாக தொழுகை வைக்க வேண்டும் என்று, 
மேண்மைக்கும் மிகுந்த மரியாதைக்கும் கண்ணியத்திற்கும் 
உரிய பேராக் சுல்தான் அதிகாரபூர்வமான 
உத்தரவு வெளியிட்டுள்ளார்கள்.

IPOH – Semua masjid di negeri ini akan menunaikan Solat
 Tarawih sebanyak 20 rakaat pada tahun ini. Perkara itu dititahkan 
sendiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
Baginda bertitah, perkara itu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan dan niat penduduk kariah yang berhajat mahu menunaikan 20 rakaat Solat Tarawih.
"Para makmum yang berhasrat untuk menunaikan Solat Tarawih kurang 
daripada 20 rakaat boleh berbuat demkian mengikut pilihan masing-masing.
"Namun setiap masjid diwajibkan menyediakan imam dan bilal untuk memimpin Solat Tarawih genap 20 rakaat setiap malam," titah Baginda menerusi kenyataan yang disampaikan Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Dr Amiruddin Muhamed kepada Sinar Harian, hari ini.Sultan Nazrin bertitah agar Solat Tarawih hendaklah diutamakan dan dilaksanakan sebaik selesai Solat Sunat Rawatib.
Dalam pada itu, Baginda turut melarang tazkirah diadakan di antara solat sunat Rawatib dengan Solat Tarawih dan di antara rakaat-rakaat semasa 
mengerjakan Solat Tarawih.Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan atas titah Sultan Nazrin itu turut diedarkan kepada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), semua Orang Besar Jajahan, Pentadbir Agama Daerah, Pengerusi Jawatankuasa Masjid, pegawai masjid, imam dan bilal untuk dijadikan garis panduan dan dipatuhi.

வெளியீடு ;;- மன்பயீ ஆலிம்.காம்

சுன்னத் ஜமாஅத் பேரியக்க வாழூர் மற்றும் மலேசியக் கிளைகள்.